Saturday, January 31, 2009

United calon juara





MANCHESTER - Rio Ferdinand percaya Manchester United mampu untuk mengatasi Liverpool dalam perebutan gelaran Liga Perdana England musim ini selepas skuad Red Devils itu merampas kembali kedudukan takhta liga.

United mampu menjarakkan lima mata daripada pesaing terdekat mereka, Chelsea dan Liverpool sekiranya berjaya menewaskan Everton di Old Trafford malam ini.

Liverpool yang sekadar mencatat keputusan seri dalam tujuh daripada 10 perlawanan akan menanti kunjungan Chelsea esok.

Justeru, Ferdinand berharap United yang kini mendahului carta liga dengan dua mata dan berkelebihan satu perlawanan akan menjarakkan kedudukan mata bagi merealisasikan impian mencatat kejuaraan kali ketiga berturut-turut.

"Ia akan menjadi mudah apabila kamu memiliki pemain berpengalaman seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes, pemain yang pernah menjuarai liga sebelum ini," kata pertahanan England itu.

Namun, Ferdinand menegaskan, apa yang lebih penting untuk ke arah itu ialah mereka perlu mendapat rentak dan cuba untuk mengekalkannya.

"Jika kamu mendapat momentum dalam beberapa perlawanan terakhir, kamu akan berada dalam kedudukan terbaik untuk terus menyerlah.

"Kami sukakan tekanan beraksi dalam perlawanan besar tetapi ada yang berkata lebih baik jika muncul juara dengan kelebihan 10 atau 20 mata. Ia sukar untuk dilakukan.

"Kamu tidak akan mendapat sesuatu yang mudah dalam hidup tetapi kamu perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. Kami tahu tentang itu," jelas Ferdinand. - AFP


Saturday, October 11, 2008

Kredibilti Najib sebagai PM dipersoal oleh rakyat

Bakal PM baru Malaysia dikecam dengan pelbagai isu-isu yang membolehkan kredibiliti pemimpin terjejas ini kerana Afham dapat melalui email yang menyatakan hasrat penulis ini yang tidak mahu Najib sebagai PM baru Malaysia. Mengapa orang tidak suka kepada Najib. Afham mula tertanya-tanya apa masalah yang Najib lakukan dan penulis ini mengecam untuk menyerang pemimpin ini.

“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?

* Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
* Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
* Membeli isteri orang untuk dikahwini.
* Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
* Misteri pembunuhan Altantuya. Teruskan Membaca Artikel ini.

Blog Anti Najib.
http://antinajib.blogspot.com

TERKINI!!! Peluang Hebat untuk anda

http://resipirm.wyxcess.com?ref=apeq

Maklumat rahsia dan panduan hebat untuk semua. Segera ketahui bagaimana setiap orang sebenarnya mampu menjana pendapatan sendiri dengan mudah.
Jadilah orang terawal mendapatkan resipi hebat ini dan berpotensi jana pendapatan tanpa MODAL.
Lawati : http://resipirm.wyxcess.com?ref=apeq



Thursday, October 9, 2008

Musibah Bukan Makna Kita Dizalimi?

Antara adab ketika ditimpa musibah ialah

· Percaya bahawa Allah Taala tidak sesekali akan menzalimi diri
anda. Jika manusia mahu menerima musibah itu umpama suatu teguran,
dia tidak akan cepat melatah seraya berputus asa. Bahkan dia sanggup
menerimanya umpama satu cambukan yang membangkitkan semangat bagi
memperbaiki diri.

· Meyakini musibah itu menyimpan rahmat besar di sebaliknya.

· Segala sesuatu akibat daripada perbuatan tangan yang zalim.

Apakah dosa kita sehingga harus menerima musibah ini? Soalan
sebegini bukan bermaksud tidak reda dengan ketentuan Allah SWT,
tetapi lebih kepada sikap mencari keaiban diri dan mahu bermuhasabah
untuk lebih mempertingkatkan iman dan amal salih.

Sudah pasti setiap sesuatu menyimpan hikmah di sebaliknya. Terpulang
kepada diri sendiri bertanya, apakah menerima musibah sebagai suatu
peringatan daripada Allah SWT atau langsung membutakan mata dan hati
atas kesilapan yang pernah dilakukan?

Lidah boleh menafikan sekeras-kerasnya, tetapi hati dapat berasa di
manakah salah silapnya. Hanya orang yang kuat imannya yang mampu
menjawab setiap hikmah di sebalik setiap musibah. Tiada manusia yang
lepas dari ujian hatta Nabi dan Rasul.

Bahkan Nabi dan Rasul menerima ujian yang jauh lebih berat dan tidak
mampu dipikul oleh manusia biasa. Bukan bermakna ujian itu
merendahkan iman seseorang, bahkan ia akan melonjakkannya ke tempat
yang paling tinggi.

Berbahagialah orang yang diuji jika mereka reda dan sedikitpun tidak
berubah hati kepada Allah Taala. Kita perlu membuktikan kepada Allah
SWT bahawa diri ini tidak pernah berubah di dalam mencintai-Nya,
biar senang ataupun susah.

Wednesday, October 8, 2008

Seribu Kebaikkan Setiap Hari

Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kami berada di sisi
Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Adakah seseorang di antara
kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?"
Kemudian ada seorang dari golongan yang duduk-duduk di waktu itu
bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu
kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang (yang ingin
mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus
kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau
dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."

(Riwayat Muslim)

Ketika Sujud



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sedekat-dekat seorang hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka
perbanyakkan doa."

(Riwayat Muslim)

Tuesday, October 7, 2008

Kawan serumahku kemalangan

Pada 5 haribulan oktober 2008 malam , kawan serumahku Mohamad Nursyazwan telah mengalami kemalangan di jalan ke asrama KPTM Alor Star yang terletak di Taman Cencaru(Taman Ikan) berhadapan kedai Pak Ad.

Beliau telah mengalami kemalangan bersama teman hidupnya Wanie(bukan nama sebenar). Beliau telah mengalami patah pada bahagian femur yang kini sudah di operate pada tengahari td. Temannya cuma sakit - sakit biasa.

Beliau sekarang sudah dalam keadaan stabil. Sesiapa yang hendak melawat bolehlah melawat di Wad Kenanga 3A di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star, Kedah.