Tuesday, July 14, 2009

Peh letih...

Salam semua,lamer saya tidak meng updatekan blog aku...
letih sekarang berada di wad surgikal.Peh.... macam2 kes terdapat disitu
dan mcm2 ragam karenah manusia.... Yela nasib baik depa sakit huhuhu....
alau ap2 pun mental n fizikalkku masih normal dan dapat mengatasi dengan kepakaranku hehehehe..
so minggu nie ak last di wad itu sebelum ku ke wad Medikal......

ok Ak chaw dlu.

-DEMALAHLAH DARAH UNTUK ORG YG MEMERLUKAN-

Monday, May 11, 2009

Ucapan Dr Azzam Tamimi semasa “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis”.




“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”


TANDA TANYA??????? ?????


APA CARA SAYA INGIN LAKUKAN.....


BOIKOT BARANGAN YAHUDI...

GUNA PRODUK HALAL ISLAM(PRODUK SYARIKAT-SYARIKAT ISLAM YANG SAH KETULINAN HALAL.)

SUMBANGAN... ..

MENJANA EKONOMI ISLAM...

BERDOA...

BANYAK LAGI ALTERNATIF YANG DAPAT KITA SUMBANGKAN.. ..TENAGA. ...BERINFAK. ..MENJANA EKONOMI ISLAM............... ......... ......... PELBAGAI CARA????

ALLAHUAKBAR 3X......

Friday, February 20, 2009

DEMAM

Julat suhu badan yang normal ialah 36 - 37 darjah C. Suhu yang melebihi 37.7 darjah C menandakan demam. Namun, paras ketinggian suhu tidak semestinya petanda yang tepat tentang keadaan sesuatu penyakit. Demam bukan merupakan penyakit tetapi adalah tanda penyakit. Selain penyakit, suhu badan anak juga berubah-ubah mengikut waktu dan kecerdasannya. Misalnya, suhu badan anak mungkin melebihi 38 darjah C selepas anak bermain bola sepak.
Adakah keadaan ini serius?
Bagi anak yang berumur bawah 6 bulan, suhu badan yang melebihi 37.7 darjah C merupakan satu keadaan yang serius. Jika suhu badan kekal tinggi, risiko berlakunya konvulsi (kekejangan) adalah tinggi.
Apakah tindakan pertama?
1. Jika anda mengesyaki anak demam, ambil suhu badannya. Kemudian ambil suhu badannya sekali lagi selepas 20 minit untuk melihat sama ada suhu badan berubah. Catatkan setiap bacaan.
2. Baringkan anak di atas katil dan tanggalkan pakaiannya walaupuin bilik tidak panas. Anak yang demam hanya perlu diselimutkan dengan kain yang nipis.
3. Jika suhu badan anak melebihi 40 darjah C, lap suam badan anak untuk menurunkan suhu badannya. Ambil suhu badannya setiap lima minit dan hentikan lap suam sebaik saja suhu badan turun kepada 38 darjah C. Jangan gunakan air sejuk untuk mengelap kerana ini akan mengecutkan pembuluh darah dan menghalang kehilangan haba. Ini menyebabkan suhu badan menjadi semakin tinggi.
4. Beri anak sirap parasetamol hanya selepas cara lain tidak berjaya mengurangkan demam anak. Jangan sesekali memberi aspirin kepada anak yang menunjukkan tanda penyakit cacar air atau influenza kerana kajian menunjukkan kaitan antara pengambilan aspirin dan pembentukan sindrom Reye.
5. Galakkan anak minum banyak air. Beri anak minum sedikit air beberapa kali dalam sehari.
Perlukah saya berjumpa doktor?
Bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera jika anak berumur bawah enam bulan. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak mengalami konvulsi (kekejangan), anak pernah mengalami konvulsi atau ada antara ahli keluarga anda pernah mengalami konvulsi febril. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika demam berterusan melebihi 24 jam atau anda bimbang dengan sebarang tanda penyakit yang terdapat pada anak.
Apakah tindakan doktor?
Tempoh rawatan bergantung kepada punca demam. Jika puncanya ialah jangkitan bakteria, doktor mungkin memberi antibiotik. Jika puncanya ialah penyakit seperti cacar air atau selesema, tiada ubat akan diberikan. Yang diberikan hanya nasihat tentang cara memastikan anak anda berada dalam keadaan selesa.
Bagaimanakah saya boleh membantu?
• Kerap mengganti kain cadar anak dan selimutkannya dengan kain nipis sahaja.
• Letakkan tuala yang lembab pada dahi anak.
• Jangan kejutkan anak untuk mengambil suhu badannya. Tidur adalah lebih penting.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 84 - 85.

Monday, February 9, 2009

Lirik lagu BUnkFace SituASi

Diskriminasi menjatuhkan aku
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O
Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku .. oh oh oh…

Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu

Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O dan C/O lagi… =)

maybe juara lagu tahun 2009 hehehehe

Saturday, January 31, 2009

United calon juara





MANCHESTER - Rio Ferdinand percaya Manchester United mampu untuk mengatasi Liverpool dalam perebutan gelaran Liga Perdana England musim ini selepas skuad Red Devils itu merampas kembali kedudukan takhta liga.

United mampu menjarakkan lima mata daripada pesaing terdekat mereka, Chelsea dan Liverpool sekiranya berjaya menewaskan Everton di Old Trafford malam ini.

Liverpool yang sekadar mencatat keputusan seri dalam tujuh daripada 10 perlawanan akan menanti kunjungan Chelsea esok.

Justeru, Ferdinand berharap United yang kini mendahului carta liga dengan dua mata dan berkelebihan satu perlawanan akan menjarakkan kedudukan mata bagi merealisasikan impian mencatat kejuaraan kali ketiga berturut-turut.

"Ia akan menjadi mudah apabila kamu memiliki pemain berpengalaman seperti Ryan Giggs dan Paul Scholes, pemain yang pernah menjuarai liga sebelum ini," kata pertahanan England itu.

Namun, Ferdinand menegaskan, apa yang lebih penting untuk ke arah itu ialah mereka perlu mendapat rentak dan cuba untuk mengekalkannya.

"Jika kamu mendapat momentum dalam beberapa perlawanan terakhir, kamu akan berada dalam kedudukan terbaik untuk terus menyerlah.

"Kami sukakan tekanan beraksi dalam perlawanan besar tetapi ada yang berkata lebih baik jika muncul juara dengan kelebihan 10 atau 20 mata. Ia sukar untuk dilakukan.

"Kamu tidak akan mendapat sesuatu yang mudah dalam hidup tetapi kamu perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. Kami tahu tentang itu," jelas Ferdinand. - AFP